Kami ajar anda membuat analisis sendiri. Bengkel dan latihan satu-ke-satu dalam SPSS, SmartPLS, metodologi penyelidikan dan penulisan akademik — untuk pelajar pascasiswazah, pensyarah dan pasukan penyelidikan.
Ada pelajar yang mahu kerja itu disiapkan. Ada pula yang mahu belajar membuatnya sendiri kerana mereka akan menggunakan kemahiran itu sepanjang kerjaya. Halaman ini untuk kumpulan kedua.
Latihan yang kami tawarkan
Analisis data dengan SPSS
Dari kemasukan data sehingga regresi. Pengekodan semula, ujian kenormalan, ujian-t, ANOVA, korelasi dan regresi — menggunakan data latihan sebenar, bukan contoh buku teks.
PLS-SEM untuk penyelidik
Model pengukuran dan struktur, kesahan konvergen dan diskriminan, bootstrapping, HTMT, kesan pengantara dan analisis multikumpulan.
Reka bentuk kajian
Menyelaraskan penyataan masalah, objektif, persoalan kajian dan kerangka konseptual — punca paling kerap tesis dipulangkan oleh penyelia.
Membina soal selidik
Pembinaan item, skala Likert, kesahan kandungan dengan panel pakar, kajian rintis dan ujian kebolehpercayaan.
Penulisan akademik
Struktur bab, cara menulis Bab 4 daripada output statistik, dan nada penulisan yang diterima pemeriksa.
Penerbitan jurnal
Memilih jurnal yang sesuai, menyusun manuskrip, dan menjawab komen pengulas tanpa panik.
Format latihan
- Sesi satu-ke-satuSesuai jika anda ada tarikh akhir dan masalah khusus. Kami fokus terus pada data dan kajian anda sendiri.
- Bengkel kumpulan kecilUntuk kumpulan penyelidikan, jabatan atau kohort pelajar. Setiap peserta membawa data sendiri dan pulang dengan analisis yang sudah berjalan.
- Dalam talian atau bersemukaDalam talian ke mana-mana sahaja. Bersemuka di Lembah Klang, atau di kampus anda untuk kumpulan.
- Bahan disertakanAnda menerima bahan latihan dan nota langkah demi langkah untuk dirujuk semula selepas sesi tamat.
Siapa yang biasanya menyertai
Pelajar Sarjana dan PhD yang baru bermula dengan analisis kuantitatif; penyelidik yang beralih daripada SPSS kepada SmartPLS; pensyarah yang menyelia pelajar dan mahu menyegarkan semula kemahiran; serta pasukan penyelidikan yang perlu menyeragamkan cara mereka melaporkan keputusan.
Universiti yang biasa kami bantu
Mahu belajar buat sendiri?
Beritahu kami tahap anda sekarang
Hantar mesej dan beritahu perisian apa yang anda guna, tahap kemahiran anda sekarang, dan apa yang anda perlu capai. Latihan bermula dari RM200 sesi, untuk individu mahupun kumpulan.
WhatsApp kami sekarangHantar pertanyaan
AT Acumen · Subang Jaya, Selangor · 350+ projek disiapkan · 13 negara
Soalan lazim
Saya langsung tidak tahu statistik. Boleh ikut?
Boleh. Sesi satu-ke-satu bermula dari tahap anda, bukan dari silibus tetap.
Boleh guna data saya sendiri?
Ya, dan itu yang kami galakkan. Belajar menggunakan data sendiri jauh lebih berkesan.
Berapa lama satu sesi?
Bergantung pada skop. Beritahu kami apa yang anda perlu capai dan kami cadangkan bilangan sesi yang munasabah.
Apa kata pelanggan kami
“It was my first time that I approach someone to prepare my office report. It was so uncertain that how they will work, but when they complete I was a relief for me. Very professional, and they understand the task easily does make much revision. Highly recommended, best if you have multiple task you can give one to these genius guys.”
“Great service. Highly recommended.”
Ulasan di atas dipetik sepenuhnya daripada profil Google Business AT Acumen, dalam bahasa asal. Lihat di Google
Baca juga: khidmat analisis data dan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik.
